Sabtu, 7 November 2009


Model of Action Research Elliott (1991)
Model ini menekankan evolusi yang berterusan dan mengulang kembali erti tujuan yang asli melalui rangkaian "reconnaissance

Kitaran ini mungkin akan berterusan dan akan wujud selagi mana permasalahan yang dikaji masih tidak dapat diatasi ataupun belum mencapai keputusan yang dikehendaki. Kami telah melakukan beberapa aktiviti bagi memantapkan lagi pemahaman kami mengenai konsep kajian tindakan ini secara keseluruhan. Reka bentuk kajian tindakan yang mana ianya meliputi 4 langkah terpenting yang wajib ada apabila sesuatu kajian itu dilakukan iaitu merefleksi, merancang, melaksana strategi dan memantau untuk membuat penilaian.

Progressive Problem Solving With Action Research
Reka bentuk kajian ini menunjukkan reka bentuk kajian bukanlah satu pusingan kajian sahaja tetapi ia merupakan satu proses yang berterusan dan mempunyai beberapa pusingan. Malah, kajian tindakan ini tidak akan berakhir sehinggalah ia menghasilkan hasil yang diingini atau positif



Seterusnya adalah Model Reka Bentuk Kajian oleh Stephen Kemmis (1983). Reka bentuk ini menunjukkan kitar-kitar dalam kajian tindakan yang mana setiap kitar mempunyai 4 bahagian; rancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi. Bahagian-bahagian ini kemudian diulang dengan perancangan hasil ulangkaji dan tindakan yang seterusnya.




Antara reka bentuk atau model yang perlu dilihat dalam Kajian Tindakan adalah yang reka bentuk kajian oleh pelopor Action Research itu sendiri iaitu Kurt Lewin. (Terma "Action Research" telah dikreditkan kepada Kurt Lewin seorang ahli teori sosial yang mempelopori kajian tindakan). Reka Bentuk Kajian Tindakan Kurt Lewin telah dibina pada tahun 1940-an dan dikenali sebagai Kurt Lewin's Action Research Spiral yang mana menunjukkan penambahbaikan yang berterusan dalam pembelajaran mengenai apa yang telah dikaji. Pendekatan spiral tersebut melibatkan beberapa langkah seperti;



1). Mengenal pasti idea

2). Pencarian fakta

3). Perancangan pelan tindakan

4). Pelaksanaan tindakan

5). Penilaian tindakan yang diambil

6). Ulangkaji pelan tindakan berdasarkan apa yang dipelajari dari langkah 5

7). Mengambil langkah tindakan seterusnya























































































Rabu, 4 November 2009

TUGASAN 3: LAPORAN PEMBENTANGAN KOLOKIUM SENIOR

TAJUK :
MENINGKATKAN MINAT DAN PENGLIBATAN PELAJAR DI DALAM KELAS SAINS MELALUI GERAK KERJA DAN PERBINCANGAN KUMPULAN
(GROUP WORK AND GROUP DISCUSSION)

PEMBENTANG :
Intan Nadia Binti Ahmad Mustapa P48677
Noor Azima Binti Johari P48685

Pernyataan Masalah:
Pelajar kurang berminat dengan Sains. Bagi mereka, subjek Sains agak membosankan.Ini menyebabkan tiada penglibatan aktif pelajar di dalam kelas. Kajian ini adalah bertujuan untuk meningkatkan minat dan tahap penglibatan pelajar di dalam kelas Sains 1 Siddiq dan 2 Tabliqh melalui kaedah gerak kerja dan perbincangan kumpulan

Metodologi :
Metodologi yang digunakan adalah melalui model Kemmis dan Mc Taggart (1988) iaitu:

* Mengenalpasti Masalah
- Pemerhatian awal dan temubual secara tidak formal
- didapati pelajar kurang meminati subjek Sains
- Kurang penglibatan pelajar di dalam kelas

* Merancang
- teknik pengajaran yang sesuai, aktiviti penilaian dan pengukuhan, bahan bantu
mengajar, rancangan pengajaran harian, dan sebagainya.

* Bertindak
- Bahagi 6 kumpulan,berbincang dan hasilkan peta minda
- Bahagi 8 kumpulan menentukan pusat graviti objek berbentuk geometri (regular
shape) dan bukan geometri (irregular shape).

* Memerhati dan Menganalisis
- Pengumpulan data: borang soal selidik, temubual , (5- 10 minit)dan pemerhatian
(guru dan guru penilai)

* Mereflek dan Menilai
- hasil dapatan kajian yang diperolehi dibincangkan bersama dan sedikit
penambahbaikan dibuat untuk kitaran yang kedua.


Setting Kajian :
Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Menengah Agama Sungai Merab Luar, Sepang ( SAMSMEL)

Sample Kajian :
Kajian yang dijalankan adalah melibatkan pelajar di dalam kelas Sains 1 Siddiq dan 2 Tabliqh

Pengumpulan dan Penganalisisan Data:

*
PEMERHATIAN ( guru dan guru pembimbing)
- melibatkan 2 kitaran iaitu pada kitaran pertama melibatkan kerja kumpulan dan pegkaji mendapati bahawa minat dan penglibatan pelajar tidak begitu memberangsangkan. Pelajar juga tidak memberikan sepenuh perhatian terhadap P & P. Selain itu, pelajar tidak memberi tindakbalas positif kepada guru. Pengkaji mendapati segelintir pelajar mengantuk, mengganggu rakan , hanya melihat ahli kumpulan melakukan kerja dan sebahagian pelajar menunjukkan tindak balas positif apabila guru bertanyakan soalan.
- Kitaran kedua pula mendapati hasil yang memberangsangkan pelajar lebih menunjukkan minat terhadap subjek Sains. Penglibatan pelajar pula adalah secara aktif dalam aktiviti yang disediakan. Pelajar lebih gembira dan memberikan maklum balas positif terhadap aktiviti yang dijalankan serta pelajar sering bertanya dan meminta panduan guru

* TEMUBUAL
- Pelajar semakin berminat dengan Sains setelah melalui 2 kitaran aktiviti berkumpulan. Kedua-dua kitaran menunjukkan peningkatan minat dan penglibatan aktif pelajar melalui aktiviti berkumpulan. Responden lebih berminat terhadap aktiviti yang menyerupai permainan dan pertandingan-mengelakkan rasa bosan dan mengantuk Pelajar-pelajar berharap kaedah pengajaran seperti ini dapat terus diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran (P & P)

* BORANG SOAL SELIDIK
- Kajian menunjukkan bahawa minat dan penglibatan pelajar telah meningkat selepas kitaran kedua Pelajar lebih meminati aktiviti berkumpulan yang lebih praktikal dan menyeronokkan. Selain itu, pelajar lebih menumpukan perhatian dan bergiat aktif dalam aktiviti yang disediakan oleh guru. Melalui aktiviti ini pelajar dapat memahami sesuatu konsep dengan lebih jelas dan dapat membina keyakinan dalam diri.


Implikasi Kajian:
Kajian ini berjaya menunjukkan peningkatan minat dan penglibatan aktif dalam kalangan pelajar sekolah melalui teknik gerak kerja dan perbincangan kumpulan.

Manfaat Yang Diperolehi Daripada Kajian Tindakan :
Manfaat yang saya perolehi daripada kajian ini ialah kaedah perbincangan yang dilakukan dapat memupuk dan meningkatkan minat pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran (P & P) bagi mata pelajaran Sains. Di samping itu, kaedah ini juga dapat meningkatkan tahap penglibatan pelajar secara aktif di dalam kelas Sains.

TUGASAN 3: LAPORAN PEMBENTANGAN KOLOKIUM SENIOR

TAJUK :
MENINGKATKAN PRESTASI PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI MANGGIS MENGUASAI TOPIK MATAPELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM, SAINS DAN BIOLOGI MELALUI TEKNIK PETA MINDA.

PEMBENTANG :
1. Ainul Yaqin binti Abdullah (P 48572)
2. Nur Faizah binti Azizan (P 48653)
3. Nurul Huda binti Mahmud Taridi (P 48645)


Pernyataan Masalah :
Masalah dikenalpasti ialah teknik pembelajaran yang digunakan dengan membaca petikan dan menghafal yang digunakan pelajar tidak berkesan sehinggan menimbulkan bosan kepada pelajar. Ia dapat dilihat melalui markah ujian bulanan 2, ramai pelajar mendapat markah yang rendah. Alasan yang diberikan oleh pelajar ialah kesukaran untuk mengingati fakta-fakta penting dan terminologi.


Metodologi :
Metodologi yang digunakan ialah:
- Guru memantau gerak kerja pelajar.
- menegur dan memberi komen pada pelajar tentang kekurangan dalam peta minda.
- menyemak hasil kerja pelajar.
- guru menemubual pelajar.
- Guru pembimbing memantau cara guru melaksanakan aktiviti membina peta minda di dalam kelas.

- Guru memberikan ujian formatif kepada para pelajar.
- Guru menyemak kertas ujian pelajar dan merekodkan markah bagi ujian formatif 1 dan ujian formatif 2.

Setting Kajian :
Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Manggis, Banting, Selangor Darul Ehsan.

Sample Kajian :

* Pelajar yang terlibat ialah pelajar tingkatan 4.
- Pendidikan Islam: 20 pelajar.
- Sains: 20 pelajar.
- Biologi: 20 pelajar.
* Subtopik:
~Pendidikan Islam:
- Sirah: Imam Malik Rahimahullah.
- Ibadah: Gadaian.
~ Sains:
- Chapter 7: Addition and substraction of coloured light.
- Chapter 8: Ammonia in industry.
~ Biologi:
- Chapter 8: The abiotic and biotic components of the environment
- Chapter 8: Colonisation and succession in a ecosystem.

Pengumpulan dan Penganalisisan Data:
Kajian ini dijalankan dengan menggunakan beberapa kaedah iaitu:
* Pemerhatian - pengkaji telah melihat tahap kefahaman pelajar tentang konsep peta minda. Selain itu, ketepatan peta minda dengan objektif topik pengajaran.
* Ujian - pengkaji juga telah membuat analisis peratus kelulusan pelajar dalam ujian formatif dan dibuat dalam bentuk graf untuk melihat tahap kefahaman pelajar melalui kaedah peta minda.
*Temubual – pengkaji juga telah menjalankan kaedah temubual dengan pelajar untuk mengetahui cara yang digunakan oleh pelajar dalam memahami sesuatu topik atau subtopik pelajaran tersebut.

Implikasi Kajian:
Penggunaan peta minda memberi impak positif terhadap prestasi pelajar. Selain itu, guru perlu lebih menekankan konsep pembinaan peta minda dengan lebih jelas terhadap pelajar agar pelajar dapat memahami sesuatu topik atau subtopik pelajaran yang diajar oleh guru. Ini juga membolehkan pelajar itu menguasai topik atau subtopik yang diajar dengan lebih cepat.

Manfaat Yang Diperolehi Daripada Kajian Tindakan :
Manfaat yang saya perolehi daripada kajian tindakan ini ialah sebagai seorang guru, kita haruslah menggunakan kaedah yang kreatif dalam membantu pelajar untuk memahami sesuatu topik yang diajar dengan lebih cepat dan mudah. Teknik peta minda yang digunakan oleh pengkaji amat bertepatan kerana ia dapat membantu pelajar untuk menguasai pelajaran tersebut.