Sabtu, 21 November 2009
Berdasarkan tajuk kajian
Huraikan– cadangan untuk mengatasi kelemahan pengajaran-pengajaran subjek berkenaan berdasarkan
· Fikir sendiri cadangan secara individu (5 minit)
· Fikir cadangan dalam pasukan (15 minit )
· Minta cadangan dari luar pasukan ( perlu temubual rakan-rakan dalam pasukan lain)
· Berdasar literatur review (bincang dalam pasukan)
· Bentang dan lapor dalam blog penyataan masalah kt
CADANGAN UNTUK MENGATASI
INDIVIDU DAN KUMPULAN
1. Penggunaan elemen multimedia dalam PnP melalui penggabungan teks, audio, video,
grafik dan interaktiviti.
2. Menggunakan pendekatan karaoke/nyanyian dalam mewujudkan suasana PnP yang
kondusif bagi menimbulkan minat dalam mata pelajaran bahasa Melayu.
3. Muzik merupakan medium yang bertindak sebagai terapi untuk mengurangkan tekanan
pelajar, meluahkan perasaan, fikiran dan imaginasi dalam usaha membina kreativiti
pelajar.
4. Pelajar mendapat pengalaman muzik yang memadai bagi mencetus dan memperkembang
minat dan bakat mereka dalam seni muzik.
5. Meningkatkan perbendaharaan kata pelajar melalui penekanan terhadap lirik lagu yang
dinyanyikan.
KUMPULAN LAIN
1. Membimbing pelajar dengan kemahiran yang dapat membantu pelajar lulus dalam
matapelajaran Bahasa Melayu
2. Mewujudkan sekumpulan pelajar yang dapat membantu antara mereka dalam
menyelesaikan masalah dalam menguasai kemahiran-kemahiran dalam matapelajaran
Bahasa Melayu
3. Memberikan peluang kepada pelajar untuk berdamping dengan guru matapelajaran dan
ini dapat memberikan mereka peluang untuk memperbaiki kelemahan mereka dalam
matapelajaran ini.
BERDASARKAN LITERATURE REVIEW – BUKU DAN JURNAL
1. Menurut Borich & Tombari (1997)- murid perlu memainkan peranan aktif dalam memahami dan memberi makna kepada maklumat atau pengetahuan yang dipelajari. Murid memberikan maklumat dengan aktif melalui nyanyian, menghubungkannya dengan maklumat terdahulu yang diasimilasi dan menjadikan maklumat itu miliknya dengan membian kefahaman atau membuat interpretasi ke atas maklumat (Cheek, 1992, dalam Khadijah, Mahani dan Ramlah, 2002).
2. Menurut Dewey (1966)- pembelajaran melalui kaedah nyanyian dapat membantu pelajar berfikir dan membentuk kefahaman kepada pelajar tentang masalah yang cuba dihuraikan.
AKTIVITI 9: TUGASAN 4- MINI KAJIAN TINDAKAN
Bentuk objektif kajian
– Meneroka…
– Menilai …
Bentuk soalan kajian
– Bagaimana….? (proses)
– Adakah…..? (penilaian proses / produk)
Matlamat Kajian Tindakan
a) Mengkaji kesesuaian kaedah karaoke/nyanyian dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu.
b) Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan bagi mata pelajaran bahasa
Melayu.
c) Kaedah nyanyian / karaoke ini boleh digunakan secara berterusan dalam pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu untuk meningkatkan kefahaman pelajar
dengan cara yang lebih mudah.
d) Melalui teknik nyanyian / karaoke bukan sahaja dapat menghiburkan pelajar tetapi untuk
membantu pelajar belajar Bahasa Melayu dan mengembangkan daya ingatan pelajar
melalui teknik nyanyian ini.
Objektif Kajian
a) Untuk membantu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap mata pelajaran bahasa
Melayu.
b ) Menggunakan kaedah nyanyian / karaoke dalam meningkatkan penguasaan pelajar dalam subjek Bahasa Melayu
Persoalan Kajian
i) Bagaimana kaedah nyanyian / karaoke dapat meningkatkan kefahaman pelajar terhadap subjek Bahasa Melayu
ii) Adakah nyanyian / karaoke dapat meningkatkan penguasaan mereka dalam subjek Bahasa Melayu
Jumaat, 13 November 2009
AKTIVITI 4: CADANGAN TAJUK MINI KAJIAN TINDAKAN
Meningkatkan Minat dan Keyakinan Pelajar"
ii) MENGAPA ANDA INGIN MELAKUKAN TAJUK YANG DIPILIH UNTUK TAJUK MINI KAJIAN TINDAKAN ANDA?
Ø Untuk menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran.
Ø Untuk menarik minat dan perhatian pelajar terhadap subjek Bahasa Melayu.
Ø Supaya proses pembelajaran lebih berkesan, kerana melalui nyanyian pelajar mudah untuk mengingat dan memahami sesuatu perkara yang dipelajari.
Ø Supaya pelajar tidak berasa bosan dan mengantuk.
MENGAPA GURU PELATIH / NOVIS / BERPENGALAMAN PERLU MELAKUKAN KAJIAN TINDAKAN?
Ø Menimba pengalaman baru ( novis )
Ø Untuk penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Ø Untuk mengenal pasti masalah pelajar dan mengambil tindakan untuk mengatasi masalah tersebut.
Ø Menjadikan proses pembelajaran lebih efektif.
Ø Menghasilkan kaedah pengajaran yang baru.
Ø Menjadikan proses pendidikan sepanjang hayat.
Ø Supaya guru menjadi lebih peka terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.
Ø Melahirkan guru yang kreatif.
Sabtu, 7 November 2009
AKTIVITI 1: TUGASAN BUKU
Penulis : Elizabeth Chiseri-Strater & Bonnie S.Sunstein.
- Apa yang dimaksudkan dengan kajian tindakan:
Kajian tindakan adalah satu cara penyelidikan atau siasatan, iaitu dengan melakukan penilaian pada kaedah sedia ada, penyelidik kemudiannya akan memfokuskan kepada masalah (apa yang perlu dijelaskan) dan mendapatkan maklumat (siapa yang terlibat, isi kandungan kajian). kemudiannya pengkaji akan melakukan proses perancangan, pelaksanaan, menilai dapatan dan seterusnya mendapatkan kesimpulan.
Kajian tindakan adalah suatu bentuk inkuiri bercorak penyertaan yang dilaksanakan oleh seseorang guru untuk tujuan penambahbaikan dan perubahan. Kajian yang dijalankan adalah melibatkan guru dan pelajar. Kajian tindakan adalah proses menggalakkan guru membuat refleksi diri untuk mengubah kekurangan yang ada pada diri sendiri - Konsep Kajian Tindakan
Buku ini menerangkan kepada kita tentang kosep kajian tindakan dimana, kajian tindakan adalah suatu bentuk inkuiri bercorak penyertaan yang dilaksanakan oleh seseorang individu (dalam konteks perbincangan individu yang dimaksudkan ialah guru) untuk tujuan penambahbaikan dan perubahan. Ini bermakna individu tersebut menjalankan kajian berhubung dengan diri mereka sendiri dan kelompok masyarakat di sekeliling mereka.
Dalam proses ini, mereka meneliti bagaimana pemahaman, kemahiran, nilai dan pengetahuan menggalakkan dan mencegah amalan tindakan mereka sendiri dengan bersandarkan kepada prosedur kajian. Sebagai contoh, guru boleh mengkaji diri mereka sendiri untuk memperoleh pemahaman yang lebih baik tentang amalan mereka, perubahan dan penambahbaikkan yang patut dilakukan serta bagaimana pengetahuan ini boleh memberi kesan yang terbaik untuk para pelajarnya. - Mengapa guru perlu membuat kajian tindakan?
Dalam bab pengenalan ( Taking the time to ask what works), penulis membincangkan tentang mengapa pentingnya kajian tindakan dilaksanakan oleh seorang guru dan apakah yang sebenarnya yang patut dilakukan mereka untuk melaksanakan penelitian bagi menjalankan penambahbaikan . Bagaimana seorang guru dapat mengesahkan bahawa apa yang dilaksanakannya didalam kelas selama ini berfungsi dan berkesan kepada para pelajarnya?
Bagaimana seseorang guru itu dapat menerangkan kenapa dan bagaimana kaedah yang digunakan adalah bersesuian dengan pelajar dan apakah bukti keberkesanannya, kepada pihak-pihak yang sangat mengambil berat atau ambil kisah tentang proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah seperti ibu-bapa pelajar, para pelajar sendiri, rakan sekerja, pihak pentadbiran,serta masyarakat?Dan apakah guru tersebut mendapat kepuasan pada cara pengajaran atau penyampaiannya? Untuk memberi respon kepada setiap persoalan tersebut sudah tentulah dengan melakukan kajian tindakan.
Selain daripada itu, sebab yang paling utama kenapa guru perlu membuat kajian tindakan ialah kerana guru adalah sumber utama penyebaran pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar. Dimana guru bertindak sebagai ''pemudah cara pengetahuan'' kepada para pelajar.
Oleh itu, untuk meningkatkan peranan guru, maka guru hendaklah lebih kreatif dan afektif dalam menyampaikan pengetahuan kepada para pelajar. Dengan sebab itu, guru hendaklah memikirkan pelbagai pendekatan barubagi menyesuikan amalan mereka dengan kehendak pelajar pada zaman globalisasi kini. Maka, satu platform yang paling mudah adalah dengan penggunaan kaedah kajian tindakan bagi membolehkan guru menuju ke arah penambahbaikan.Di bahagian pengenalan ini juga banyak diberikan contoh-contoh situasi yang berkaitan. - Reka bentuk kajian tindakan
- Model Kajian Tindakan.
Buku ini banyak menggunakan contoh berkenaan situasi yang dihadapi oleh guru-guru yang membuat kajian tindakan di sekolah dan di dalam kelas. Memandangkan terdapat banyak contoh situasi dan banyak model yang digunakan dalam buku ini seperti Model Lewin (1944), Model Halsey (1972), Model Chamberlain (1988), Model Holter and Schwartz-Barcott (1993) dan Model Hart and Bond (1995). Maka saya dapat membuat rumusan bahawa terdapat empat perkara penting yang di tekankan dalam setiap model ialah refleksi (reflect), merancang (plan), tindakan (act), dan memerhati (observe), walaupun dihuraikan dalam bentuk-bentuk yang berbeza dengan penerangan yang berbeza.Namun intipatinya adalah sama dengan matlamat untuk mendapatkan sesuatu yang menjurus ke arah penambah baikan. Antara contoh model-model yang digunakan adalah seperti dibawah:
Model Ebutt, 1985

Model McKernan, 1996
Model Elliot
Model Lingkaran Kemmis dan McTaggart, 1988
- Sampel dan Setting Kajian
Sampel kajian yang digunakan dalam buku ini secara keseluruhannya ialah pelajar di sekolah atau di dalam kelas (setting kajian). Pelajar terlibat secara menyeluruh semasa kajian dilakukan terutama sekali semasa pengambilan dan pengumpulan data dibuat. - Prosedur kajian tindakan
Mengenalpasti Permasalahan
Deanna Stoube merupakan seorang guru di sekolah menegah di kawasan tempat tiggalnya. Deanna adalah seorang guru yang mengajar subjek sains dan beliau menghadapi masalah apabila para pelajarnya sangat tidak kreatif dan kreatis dalam pembelajaran sains dan hanya menunggu bantuan sepenuhya daripada guru untuk memahami setiap konsep yang diajarkan tanpa berusaha untuk memikirkannya.Ini menyebabkan para pelajarnya tidak mampu beradaptasi dengan permasalahan baru berkaitan konsep yang diajarkan menyebabkan keputusan mereka tidak memberangsangkan.
-Deanna cuba mengenal pasti apakah punca utama permasalahnya. Deanna memulakan kajiannya dengan memerhatikan pengajarannya sendiri. Setelah dibuat refleksi keatas pengajarannya yang lepas, Deanna telah mengenalpasti masalah tersebut wujud akibat dirinya yang mengamalkan konsep inkuiri terbimbing (teacher centered learning) terhadap pengajarannya menyebabkan para pelajarnya sangat bergantung kepadanya secara seratus peratus. Akibatnya pelajarnya tidak mampu untuk berfikiran kreatif dan kritis dalam pembelajaran sains. - Percubaan / pendekatan untuk menyelesaikan masalah
Bagi meningkatkan kecerdasan para pelajar untuk lebih berfikiran kreatif dan kritif, Deanna mencari solusinya dengan menerapkan pendekatan pembelajaran inkuiri tidak terbimbing (free incuiry) yang lebih memusatkan kegiatan kepada para pelajar (student centered learning). Sesungguhnya pendekatan inkuiri tidak terbimbing ini, adalah suatu pendekatan pembelajaran yang membimbing para pelajar belajar secara bebas dalam mencari pengetahuan dan kefahaman mereka terhadap konsepdengan melakukan kegiatan pencarian konsepdan pemahaman melalui usaha sendiri dengan dipantau oleh guru.
- Metodologi
-Kajian yang dilakukan oleh Deanne ini dibahagikan kepada dua tahap iaitu:
• Tahap persediaan / perancangan kajian
• Tahap perlaksanaan kajian tinjauan (Kajian tindakan)
- Tahap persediaan/ perancangan adalah melibatkan:
Deanne melakukan kajian kepustakaan dengan mengumpulkan informasi daripada buku-buku, journal, ulasan dan pelbagai sumber untuk mengenalpasti kaedeah pendekatan yang sesuai untuk diuji. Deanne membahagikan para pelajarnya kepada beberapa buah kumpulan-Beliau seterusnya memberi permasalahan berkaitan topik untuk diselesaikan oleh pelajarnya secara berkumpulan mengikut kreativiti sendiri berdasarkan keperluan yang digariskan oleh guru.Deanne kemudiannya menyiapkan format penilaian (observation) guru untuk mengukur pelaksanaan tindakan kajian dan peningkatan kreativiti dan hasil belajar para pelajarnya.
- Tahap perlaksanaan tindakan / kajian tinjauan.
Penelitian atau tinjauan ini dilakukan oleh Deanne dengan dua kitaran (2 cycle).Kitaran pertama dilaksanakan sebanyak 4 kali perjumpaan kelas pada bulan pertama ( Marc) dan diikuti dengan kitaran kedua sebanyak 4 kali pada bulan kedua(April).
Pelaksanaan tindakan yang dilakukan oleh Deanne melibatkan langkah-langkah seperti:
Memberi penerangan tentang tugasan dalam kumpulan Dengan bimbingan guru pelajar bekerja secara individu dalam kumpulannya untuk membuat rangkaian pembelajaran terhadap permasalahan yang diberikan dengan mencari maklumat, data dan fakta yang diperlukan dengan membaca buku-buku atau sumber maklumat lain. Setelah selesai, setiap ahli kumpulan hendaklah berkongsi maklumat dan idea dalamkumpulan dan mempersembahkannya dalambentuk kertas kerja (folio book).
Kemudian setiap kumpulan akan mempersembahkan hasil kerja mereka dari awal hingga akhir untuk dibahaskan bersama rakan-rakan kumpulan lain di dalam kelas.
- Pengumpulan dan penganalisisan data.
Pemerhatian terhadap kajian tindakan
Deanne melakukan pemerhatian semasa proses pembelajaran (aktiviti) dengan menggunakan kertas tinjaun (survey/ questionare). Beliau juga melakukan pemerhatiannya sepanjang masa pembelajaran berlangsung. - Instrumen Kajian
Tidak seperti kajian yang menggunakan alat pengukuran (“tools” or “instrument” as we often hear in education) dalam kajian kualitatif yang melibatkan kelasnya (Deanne as an observer), pemerhati merupakan instrumen yang paling penting dalam kajian tersebut.
- Teknik Pengumpulan Data
Data dikumpul dengan cara membuat soal selidik terhadap para pelajar, catatan dan rakaman video dan rakaman pita audio oleh pemerhati, ujian terhadap pencapaian pelajar di akhir pembelajaran (test)
- Teknik Penganalisisan Data
Dalam buku ini, teknik-teknik penganalisisan data yang digunakan ialah :
a) Potongan data (Data reduction) – meliputi proses memilih, memfokuskan, meringkaskan dan menukarkan data mentah kepada data bermakna
b) Mempamerkan data (Data display)- Mempamerkan data dalam bentuk yang bermakna seperti jadual, carta,graf dan carta pai, dan lain-lain.
c) Pengesahan / kesimpulan ( Verification / conclusion)- Bermula daripada awal kajian lagi, pemerhati perlu membuat keputusan apakah yang diperhatikan, penerangan, dan pernyataan terhadap data yang ingin dikumpulkan sepanjang pemerhatian.
TUGASAN 2: ULASAN JURNAL
Tajuk: An Action Research Exploration Integrating Student Choice and Arts Activities In A Sixth Grade.
Penulis: Courtney Kosky, West Virginia UniversityReagan Curtis, West Virginia University
Kajian Tindakan yang dilakukan:
Cara untuk menyatukan Arts dalam matapelajaran sains sosial
Permasalahan Kajian:
Bagaimana cara untuk meningkatkan penyertaan pelajar serta meningkatkan pencapaian pelajar berdasarkan nota-nota guru serta melihat maklumbalas pelajar.
Sample Kajian:
Pelajar (seramai 650 orang) gred 6 dalam matapelajaran sains sosial, Sekolah West Virginia, US
Setting Kajian:
Dalam kelas
Prosedur Kajian:
- kajian dilakukan oleh guru pelatih sebagai penulis pertama dan guru pembimbing dan pensyarah sebagai penulis kedua.
- kajian dijalankan selama 20 kali pengajaran
- kajian dilakukan untuk melihat penglibatan pelajar dengan aktif dalam proses pembelajaran mereka.
Metodologi Kajian:
- Subjek Art digabungjalinkan salam matapelajaran sains sosial. Dalam penggabungan ini terdapat projek yang perlu dilaksanakan oleh pelajar. Projek tersebut ialah pembentangan projek pelajar seperti membuat lakonan, lagu, powerpoint dan sebagainya.
Pengumpulan Data:
- Temubual harian
- Catatan guru berkenaan terhadap penglibatan pelajar
- penilaian berdasarkan talian multiple intelligence secara tidak formal pada awal kajian.
- pelajar membuat maklumbalas bertulis
Analisis Data:
- Refleksi yang diperolehi digunakan untuk meningkatkan pengajaran seterusnya.
- Berdasarkan komen bertulis pelajar, pelajar dari kumpulan markah tertinggi dikumpul untuk dinilai kejayaannya.
- Berdasarkan dapatan yang diperolehi, aktiviti yang tidak disukai oleh pelajar dikeluarkan dari rancangan pengajaran.
Rumusan:
Secara keseluruhannya, kajian ini adalah berkenaan dengan cara untuk meningkatkan penglibatan pelajar dalam pembelajaran. Kajian ini juga memberikan kesan kepada guru untuk membuat penambahbaikan berdasarkan hasil kajian.
JURNAL 2:
Tajuk : The Effect of Picture and Prompts On The Writing In Primary Grades: Action Research by Graduate Student at California State University, Northridge.
Penulis: Marilyn Joshua, California State University , Northridge
Kajian Tindakan Yang Dilakukan:
Kajian tindakan ini adalah mengenai bagaimana penggunaan gambar dapat meningkatkan mutu penulisan pelajar grad awal
Penyataan Masalah:
Penyataan masalah dalam kajian ini ialah apabila guru tidak dapat membaca tulisan pelajar-pelajar.
Sample Kajian:
- Pelajar tadika 5-8 tahun
- Pelajar tahap satu 5-7 tahun
- Pelajar tahap dua 7-8 tahun
Setting kajian:
Dalam bilik darjah
Prosedur Kajian:
- Kajian ini dilakukan secara kolaboratif antara guru pelatih dengan guru pembimbing.
- Ia bertujuan untuk melihat penulisan pelajar dengan menggunakan gambar.
- Guru yang terlibat memilih beberapa cara untuk pemilihan gambar yang sesuai sama ada jenis lukisan bergaris atau foto.
- Kajian ini dilakukan dengan membahagikan kepada dua kumpulan di mana satu kumpulan membuat penulisan berdasarkan gambar yang diberikan dan satu kumpulan lagi tidak melihat gambar.
Pengumpulan Data dan Penganalisis Data:
Melalui kajian ini, pengumpulan data adalah melalui lembaran kerja yang telah dilakukan oleh pelajar (Penulisan Karangan)
Rumusan:
Kajian ini merupakan kajian yang sangat sesuai dan patut dibaca kerana ia dapat memberi panduan kepada guru-guru untuk membina idea baru di dalam meningkatkan mutu penulisan pelajar-pelajar di peringkat awal iaitu peringkat tadika. Kajian ini menunjukkan dengan adanya gambar, ia akan dapat membantu mereka untuk menulis dengan lebih baik.
JURNAL 3:
Tajuk : Using Action Research to Improve Teaching and Student Learning in College
Penulis : C Dianne Raubenheimer andJennifer L. Myka
Kajian Tindakan Yang Dilakukan:
Kajian ini dijalankan adalah untuk melihat rekabentuk dan penyampaian pelajar di dalam makmal sains melalui matapelajaran sains.
Pernyataan Masalah:
Pelajar-pelajar mempunyai pengalaman yang lebih tinggi serta didorong oleh tumpuan yang boleh mengakibatkan kadar pemikiran yang lebih tinggi terhadap sains.
Sample Kajian:
Melibatkan guru dan pelajar
Setting Kajian:
Kajian ini dijalankan di Makmal Zoologi (Kolej)
Prosedur Kajian:
- prosedur kajian bagi jurnal ini ialah diterangkan secara jelas tentang langkah-langkah pelaksanaan kajian tindakan iaitu penyelidik melakukan 3 kitaran secara berterusan supaya kajian tindakan yang dilaksanakan untuk memperbaiki P&P pelajar di kolej tercapai.
- kajian ini lebih berfokus untuk mempertingkatkan penggunaan makmal di kalangan pelajar kolej tersebut.
- kitaran pertama yang digunakan dalam jurnal ini melibatkan 5 langkah pada permulaannya iaitu mengenalpasti masalah, merancang, bertindak, memerhati dan merefleksi tetapi apabila masuk pada kitaran kedua dan ketiga hanya melibatkan 4 langkah sahaja iaitu merancang, bertindak, memerhati dan merefleksi. kitaran ini berlaku secara berterusan.
Pengumpulan dan Penganalisis Data:
* Menganalisis melalui pemerhatian
- berdasarkan jurnal ini, analisis data yang digunakan ialah Taxonomy Bloom's dalam menggunakan makmal di kalangan pelajar iaitu pengukuran dari segi pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.
Rumusan:
Jurnal ini membincangkan tentang kaedah memperbaiki strategi pengajaran untuk mempertingkatkan pembelajaran pelajar dalam penggunaan makmal di kalangan pelajar kolej. Kajian ini menggunakan proses kitaran kajian tindakan yang mudah difahami dikenali sebagai "Gelungan Skema Kajian Tindakan Berterusan". Proses ini merupakan proses yang lengkap melibatkan 3 kitaran yang berterusan sehingga objektif yang dikehendaki dalam kajian tersebut tercapai. Selain itu, untuk penambahbaikan proses pengajaran, perlulah kepada fikiran baru dalam pembelajaran pelajar dan penggunaan strategi pengajaran yang baru.

