Jumaat, 11 Disember 2009

AKTIVITI 13 :MINI KAJIAN TINDAKAN

  • PEMBELAJARAN KOPERATIF
    Pembelajaran koperatif adalah strategi pengajaran yang berstruktur dan sistematik, iaitu ahli-ahli dalam sebuah kumpulan kecil sahaja bekerja bersama-sama untuk mencapai suatu matlamat yang sama.

    Dalam pembelajaran koperatif, terdapat hubungan saling bergantungan yang positif pada matlamat pelajar. Pelajar merasakan mereka boleh mencapai matlamat, jika hanya pelajar lain dalam kumpulan mencapai matlamat pembelajaran mereka. Kejayaan sesebuah kumpulan bergantung kepada hasil kerja yang dilakukan oleh setiap ahli kumpulan.

    IMPLIKASI TERHADAP KAJIAN

    1. Pembelajaran koperatif dilakukan bertujuan untuk memastikan pelajar yang dilantik sebagai ketua perlu memainkan peranan dan tanggungjawabnya untuk memastikan kejayaan tugasan yang dihasilkan bersama ahli kumpulannya.
    2. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menggalakkan pelajar menjadi seorang aktif, bekerjasama dan menghormati antara satu sama lain.
    3. Menggalakkan pelajar untuk membantu setiap ahli kumpulan yang lemah iaitu dengan cara memberikan tunjuk ajar kepada mereka.

  • TEORI TINGKAHLAKU (TEORI PELAZIMAN OPERAN)

Teori Pelaziman Operan ialah tingkahlaku secara tidak sengaja. Ia fokus kepada pembelajaran di mana tingkah laku sengaja diperkukuh atau dilemahkan oleh konsekuen.

Hukum kesan Thorndike (Thorndike's Law of Effect) menyatakan bahawa sebarang tindakan yang menghasilkan kesan yang memuaskan atau menyeronokkan mempunyai kemungkinan yang besar akan diulang.

Salah satu yang dapat dilihat ialah melalui ganjaran. Ganjaran merupakan peneguhan positif diberi selepas sesuatu tingkahlaku berlaku dengan tepat boleh mengukuh dan mengekalkan tingkah laku pelajar yang berkenaan.

IMPLIKASI TERHADAP KAJIAN

1. Guru akan memberikan ganjaran kepada pelajar contonya melalui token apabila pelajar menjawab soalan dengan betul. Secara tidak langsung ini akan menggalakkan pelajar untuk menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh guru.

2. Selain itu, ia juga akan menggalakkan penyertaan pelajar di dalam kelas kerana pelajar akan bersaing antara satu sama lain untuk menjawab soalan daripada guru.

3. Pelajar dapat berfikir dengan cepat dan dapat menguji sejauhmana mereka faham tentang topik yang diajar oleh guru berkenaan.

4. Mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok dan ceria kepada pelajar-pelajar.

KERANGKA TEORITIKAL, KONSEPTUAL dan OPERASIONAL KAJIAN

Kerangka teoritikal

Kerangka teoritikal membentuk konsep, terma, definisi, model dan teori yang menjadi asas disiplin bagi kajian yang hendak dilaksanakan. Seterusnya akan membentuk "masalah" kajian, soalan kajian, pengumpulan data dan analisis serta bagaimana mentafsir data.

Satu kaedah untuk menentukan kerangka pemikiran ialah melalui tinjauan literatur dengan pembacaan yang berkait rapat dengan tajuk yang dikaji. Sepanjang pencarian berkenaan, pengkaji akan berjumpa dengan tajuk jurnal, kata kunci dan maklumat-maklumat lain, konsep, model dan teori yang berbagai-bagai jenis.

Pengkaji harus bijak memilih kerangka teoritikal kerana ia akan menjadi panduan dalam proses penyelidikan bagi mengenal pasti terma yang relevan dengan konsep, definisi pemboleh ubah, soalan-soalan khusus yang hendak diselidik, memilih responden kajian, prosedur pemilihan, strategi pengumpulan data, teknik menganalisis dan interpretasi hasil dapatan kajian.



Ciri-ciri kerangka teoritikal yang baik meliputi:

• Membantu pengkaji mengenal pasti topik yang hendak dikaji.

• Panduan mencari kajian-kajian lepas.

• Memilih aspek yang difokus.

• Merapatkan jurang di antara maklumat yang diketahui dan tidak diketahui.

• Memberi panduan kepada pengkaji memilih responden yang sesuai.

  • KERANGKA KONSEPTUAL
    Kerangka Konseptual adalah antara jenis teori yang mencuba untuk menghubungkan kesemua aspek yang ditemui ( definisi masalah, tujuan,sorotan kajian, metodologi,pengumpulan dan penganalisisan data. Kerangka Konseptual berperanan sebagai peta yang berkaitan dengan penemuan secara impirikal (pemerhatian atau ujian ). Ini kerana, kerangka konseptual berpontensi sangat hampir kepada penemuan impirikal mereka menggunakan bentuk-bentuk yang b erbeza bergantung kepada persoalan atau masalah kajian.
  • Tajuk
    Karaoke atau Nyanyian dalam Pengajaran dan Pembelajaran
  • Objektif
    1) Membantu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pengajaran bahasa Melayu.
    2) Meningkatkan pencapaian pelajar terhadap subjek bahasa Melayu.
  • Tempat Kajian
    Bilik darjah
  • Sample Kajian
    Pelajar Bermasalah Pembelajaran
  • Kaedah Kajian
    Kajian kepustakaan
    Menggunakan model Kemmis dan McTaggard
    Menggunakan kaedah interaksi berpusatkan pelajar.
  • Analisis Data
    Data dianalisis berdasarkan hasil pemerhatian terhadap pencapaian, focus dan minat pelajar selama kajian dijalankan.
  • Rumusan
    Menggunakan model Kemmis dan Mc Taggard yang terdiri daripada 4 fasa, iaitu merancang, bertindak, pemerhatian dan refleksi.
  • Langkah 1: Mengenal pasti masalah
    Bagi mengenal pasti tahap penguasaan pelajar dalam mengenali huruf-huruf vokal dan konsonan, pengkaji akan membuat pemerhatian terhadap pelajar.
    Pemerhatian akan dilakukan semasa proses P& P.
  • Langkah 2: Merancang
    Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan kaedah karaoke atau nyanyian untuk membantu pelajar dapat menguasai kemahiran mengenal huruf vokal dan konsonan.
    Sebelum kajian ini dijalankan kami meminta pelajar menyebut huruf-huruf vokal dan konsonan. Kemudian kami akan menggunakan kaedah nyanyian atau karaoke dalam proses P&P.
  • Langkah 3: Tindakan
    Proses P& P akan dijalankan menggunakan Kaedah nyanyian atau karaoke sehingga pelajar dapat menguasai isi pelajaran.
  • Langkah 4: Pemerhatian
    Pemerhatian akan dibuat terhadap fokus, minat dan pencapaian pelajar. Pencapaian pelajar melalui latihan dalam lembaran kerja.
  • Langkah 5: Refleksi
    Penambahbaikan perlu dilakukan sekiranya masih terdapat pelajar yang tidak menguasai isi pelajaran. Berdasarkan model Kemmis dan Mc Taggard ini, pengulangan perlu dilakukan daripada proses permulaan sekiranya masih ada pelajar yang lemah. Hal ini bertujuan untuk memastikan setiap objektif dapat dicapai

  • KERANGKA OPERASIONAL
    Kerangka operasional adalah penjelasan tentang pembolehubah-pembolehubah yang terdapat dalam konsep-konsep yang dipilih dan hubungan antara pembolehubah-pembolehubah tersebut, serta hal-hal yang dijadikan alat pengukuran untuk mengukur pembolehubah-pembolehubah yang bersangkutan. Definisi operasional ini diberikan mengikut fahaman pengkaji, bukannya dengan merujuk kamus.
    Berdasarkan kajian yang dijalakan, beberapa perkataan akan didefinisikan. Antaranya;
  • Karaoke
    Karaoke adalah hiburan interaktif yang dinyanyikan mengikut lagu yang dirakamkan. Selalunya lirik sesuatu lagu ditayangkan pada skrin. Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan cd nyanyian kanak-kanak yang berkaitan dengan bahasa Melayu semasa sesi P&P.
  • Nyanyian
    Nyanyian adalah sebutan bersuara yang dinyatakan dalam bentuk lagu dan irama. Dalam kajian ini, pengkaji akan mengajar pelajar tentang huruf vocal, konsonan dan pola-pola vokal dengan kaedah nyanyian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan