Jumaat, 11 Disember 2009

AKTIVITI 12 : PEMURNIAN

Kaedah penerangan yang sering digunakan oleh guru sering menimbulkan kebosanan dan rasa mengantuk di kalangan pelajar. Ini akan menyebabkan pelajar kurang memberikan tumpuan terhadap apa yang disampaikan oleh guru. Secara tidak langsung, ini akan menjadikan pelajar kurang atau tidak memahami topik yang diajar oleh guru.

Penggunaan nyanyian/ karaoke ini bertujuan untuk meningkatkan minat pelajar untuk belajar dan mengelakkan pelajar berasa bosan dan mengantuk di dalam kelas. Selain itu, ia juga akan menarik minat pelajar untuk belajar melalui teknik ini.

AKTIVITI 13 :MINI KAJIAN TINDAKAN

  • PEMBELAJARAN KOPERATIF
    Pembelajaran koperatif adalah strategi pengajaran yang berstruktur dan sistematik, iaitu ahli-ahli dalam sebuah kumpulan kecil sahaja bekerja bersama-sama untuk mencapai suatu matlamat yang sama.

    Dalam pembelajaran koperatif, terdapat hubungan saling bergantungan yang positif pada matlamat pelajar. Pelajar merasakan mereka boleh mencapai matlamat, jika hanya pelajar lain dalam kumpulan mencapai matlamat pembelajaran mereka. Kejayaan sesebuah kumpulan bergantung kepada hasil kerja yang dilakukan oleh setiap ahli kumpulan.

    IMPLIKASI TERHADAP KAJIAN

    1. Pembelajaran koperatif dilakukan bertujuan untuk memastikan pelajar yang dilantik sebagai ketua perlu memainkan peranan dan tanggungjawabnya untuk memastikan kejayaan tugasan yang dihasilkan bersama ahli kumpulannya.
    2. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menggalakkan pelajar menjadi seorang aktif, bekerjasama dan menghormati antara satu sama lain.
    3. Menggalakkan pelajar untuk membantu setiap ahli kumpulan yang lemah iaitu dengan cara memberikan tunjuk ajar kepada mereka.

  • TEORI TINGKAHLAKU (TEORI PELAZIMAN OPERAN)

Teori Pelaziman Operan ialah tingkahlaku secara tidak sengaja. Ia fokus kepada pembelajaran di mana tingkah laku sengaja diperkukuh atau dilemahkan oleh konsekuen.

Hukum kesan Thorndike (Thorndike's Law of Effect) menyatakan bahawa sebarang tindakan yang menghasilkan kesan yang memuaskan atau menyeronokkan mempunyai kemungkinan yang besar akan diulang.

Salah satu yang dapat dilihat ialah melalui ganjaran. Ganjaran merupakan peneguhan positif diberi selepas sesuatu tingkahlaku berlaku dengan tepat boleh mengukuh dan mengekalkan tingkah laku pelajar yang berkenaan.

IMPLIKASI TERHADAP KAJIAN

1. Guru akan memberikan ganjaran kepada pelajar contonya melalui token apabila pelajar menjawab soalan dengan betul. Secara tidak langsung ini akan menggalakkan pelajar untuk menjawab setiap soalan yang dikemukakan oleh guru.

2. Selain itu, ia juga akan menggalakkan penyertaan pelajar di dalam kelas kerana pelajar akan bersaing antara satu sama lain untuk menjawab soalan daripada guru.

3. Pelajar dapat berfikir dengan cepat dan dapat menguji sejauhmana mereka faham tentang topik yang diajar oleh guru berkenaan.

4. Mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok dan ceria kepada pelajar-pelajar.

KERANGKA TEORITIKAL, KONSEPTUAL dan OPERASIONAL KAJIAN

Kerangka teoritikal

Kerangka teoritikal membentuk konsep, terma, definisi, model dan teori yang menjadi asas disiplin bagi kajian yang hendak dilaksanakan. Seterusnya akan membentuk "masalah" kajian, soalan kajian, pengumpulan data dan analisis serta bagaimana mentafsir data.

Satu kaedah untuk menentukan kerangka pemikiran ialah melalui tinjauan literatur dengan pembacaan yang berkait rapat dengan tajuk yang dikaji. Sepanjang pencarian berkenaan, pengkaji akan berjumpa dengan tajuk jurnal, kata kunci dan maklumat-maklumat lain, konsep, model dan teori yang berbagai-bagai jenis.

Pengkaji harus bijak memilih kerangka teoritikal kerana ia akan menjadi panduan dalam proses penyelidikan bagi mengenal pasti terma yang relevan dengan konsep, definisi pemboleh ubah, soalan-soalan khusus yang hendak diselidik, memilih responden kajian, prosedur pemilihan, strategi pengumpulan data, teknik menganalisis dan interpretasi hasil dapatan kajian.



Ciri-ciri kerangka teoritikal yang baik meliputi:

• Membantu pengkaji mengenal pasti topik yang hendak dikaji.

• Panduan mencari kajian-kajian lepas.

• Memilih aspek yang difokus.

• Merapatkan jurang di antara maklumat yang diketahui dan tidak diketahui.

• Memberi panduan kepada pengkaji memilih responden yang sesuai.

  • KERANGKA KONSEPTUAL
    Kerangka Konseptual adalah antara jenis teori yang mencuba untuk menghubungkan kesemua aspek yang ditemui ( definisi masalah, tujuan,sorotan kajian, metodologi,pengumpulan dan penganalisisan data. Kerangka Konseptual berperanan sebagai peta yang berkaitan dengan penemuan secara impirikal (pemerhatian atau ujian ). Ini kerana, kerangka konseptual berpontensi sangat hampir kepada penemuan impirikal mereka menggunakan bentuk-bentuk yang b erbeza bergantung kepada persoalan atau masalah kajian.
  • Tajuk
    Karaoke atau Nyanyian dalam Pengajaran dan Pembelajaran
  • Objektif
    1) Membantu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pengajaran bahasa Melayu.
    2) Meningkatkan pencapaian pelajar terhadap subjek bahasa Melayu.
  • Tempat Kajian
    Bilik darjah
  • Sample Kajian
    Pelajar Bermasalah Pembelajaran
  • Kaedah Kajian
    Kajian kepustakaan
    Menggunakan model Kemmis dan McTaggard
    Menggunakan kaedah interaksi berpusatkan pelajar.
  • Analisis Data
    Data dianalisis berdasarkan hasil pemerhatian terhadap pencapaian, focus dan minat pelajar selama kajian dijalankan.
  • Rumusan
    Menggunakan model Kemmis dan Mc Taggard yang terdiri daripada 4 fasa, iaitu merancang, bertindak, pemerhatian dan refleksi.
  • Langkah 1: Mengenal pasti masalah
    Bagi mengenal pasti tahap penguasaan pelajar dalam mengenali huruf-huruf vokal dan konsonan, pengkaji akan membuat pemerhatian terhadap pelajar.
    Pemerhatian akan dilakukan semasa proses P& P.
  • Langkah 2: Merancang
    Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan kaedah karaoke atau nyanyian untuk membantu pelajar dapat menguasai kemahiran mengenal huruf vokal dan konsonan.
    Sebelum kajian ini dijalankan kami meminta pelajar menyebut huruf-huruf vokal dan konsonan. Kemudian kami akan menggunakan kaedah nyanyian atau karaoke dalam proses P&P.
  • Langkah 3: Tindakan
    Proses P& P akan dijalankan menggunakan Kaedah nyanyian atau karaoke sehingga pelajar dapat menguasai isi pelajaran.
  • Langkah 4: Pemerhatian
    Pemerhatian akan dibuat terhadap fokus, minat dan pencapaian pelajar. Pencapaian pelajar melalui latihan dalam lembaran kerja.
  • Langkah 5: Refleksi
    Penambahbaikan perlu dilakukan sekiranya masih terdapat pelajar yang tidak menguasai isi pelajaran. Berdasarkan model Kemmis dan Mc Taggard ini, pengulangan perlu dilakukan daripada proses permulaan sekiranya masih ada pelajar yang lemah. Hal ini bertujuan untuk memastikan setiap objektif dapat dicapai

  • KERANGKA OPERASIONAL
    Kerangka operasional adalah penjelasan tentang pembolehubah-pembolehubah yang terdapat dalam konsep-konsep yang dipilih dan hubungan antara pembolehubah-pembolehubah tersebut, serta hal-hal yang dijadikan alat pengukuran untuk mengukur pembolehubah-pembolehubah yang bersangkutan. Definisi operasional ini diberikan mengikut fahaman pengkaji, bukannya dengan merujuk kamus.
    Berdasarkan kajian yang dijalakan, beberapa perkataan akan didefinisikan. Antaranya;
  • Karaoke
    Karaoke adalah hiburan interaktif yang dinyanyikan mengikut lagu yang dirakamkan. Selalunya lirik sesuatu lagu ditayangkan pada skrin. Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan cd nyanyian kanak-kanak yang berkaitan dengan bahasa Melayu semasa sesi P&P.
  • Nyanyian
    Nyanyian adalah sebutan bersuara yang dinyatakan dalam bentuk lagu dan irama. Dalam kajian ini, pengkaji akan mengajar pelajar tentang huruf vocal, konsonan dan pola-pola vokal dengan kaedah nyanyian

Sabtu, 21 November 2009

PELAKSANAAN KARAOKE / NYANYIAN DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU

Sebab kumpulan kami memilih tajuk tersebut kerana:

TUJUAN
1. Menggunakan pendekatan karaoke/nyanyian dalam mewujudkan suasana PnP yang kondusif bagi menimbulkan minat dalam mata pelajaran bahasa Melayu.
2. Pelajar mendapat pengalaman muzik yang memadai bagi mencetus dan memperkembang minat dan bakat mereka dalam seni muzik.
3. Menjadikan mata pelajaran meresap ke dalam minda pelajar kerana lagu yang disukai akan mereka nyanyikan berulang-ulang dengan kemahuan mereka sendiri.
4. Kebanyakan guru bahasa Melayu menggunakan kaedah pengajaran secara kuliah. Ini akan membuatkan pelajar menjadi jemu dan hilang tumpuan.
5. Muzik merupakan medium yang bertindak sebagai terapi untuk mengurangkan tekanan pelajar, meluahkan perasaan, fikiran dan imaginasi dalam usaha membina kreativiti pelajar.
6. Memberi peluang pelajar melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran yang menggembirakan serta memberi pengetahuan dan pengalaman dengan berkesan.

PERNYATAAN MASALAH
1. Masalah penguasaan bahasa Melayu sama ada secara keseluruhan atau aspek-aspek tertentu dalam bahasa Melayu.
2. Terdapat sebilangan murid yang masih lemah penguasaan mereka dalam pembinaan ayat. Ini mempengaruhi kemampuan mereka untuk mengarang.
3. Sikap pelajar –
a. Masalah penguasaan bukan sahaja dalam kalangan pelajar bukan Melayu, tetapi juga oleh masyarakat Melayu. Pelajar biasanya mengambil mudah perkara ini kerana bahasa tersebut merupakan bahasa ibunda mereka. Mereka menganggap bahawa mereka sudah menguasai kemahiran bahasa Melayu sebagai pertuturan harian berbanding sebagai bahasa ilmu. Ini adalah kerana mereka menganggap kedua-kedua aspek di atas adalah sama. Pembelajaran bahasa Melayu tidak dititikberatkan kerana masyarakat Melayu beranggapan mereka sudah menguasai kemahiran menggunakan bahasa Melayu memandangkan mereka boleh bertutur dengan baik.
4. Persekitaran rumah - Tahap penguasaan bahasa Melayu dipengaruhi oleh tahap sosioekonomi dan perkerjaan ibu bapa.
5. Peranan guru - Guru yang tidak kreatif, tiada pengetahuan tentang teori, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang bersesuaian dengan tahap pencapaian, motivasi dan kefahaman pelajar serta menyampaikan pengajaran secara mendatar juga menjadikan pengajaran bahasa Melayu kurang diminati oleh pelajar.
AKTIVITI 6: TUGASAN 4 – KT mini
Berdasarkan tajuk kajian
} Huraikan– kekuatan pengajaran-pengajaran subjek berkenaan berdasarkan
· Pengalaman / refleksi secara individu (5 minit)
· Pengalaman / refleksi dalam pasukan (15 minit )
· Pengalaman dari luar pasukan ( perlu temubual rakan-rakan dalam pasukan lain)
· Berdasar literatur review – buku dan jurnal (bincang dalam pasukan)
· Bentang dan lapor dalam blog.


KEKUATAN PENGAJARAN SUBJEK
1. Pengetahuan sedia ada pelajar tentang bahasa ibunda dan bahasa pertuturan seharian.
2. Penggunaan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian dan pergaulan dengan rakan
sebaya.
3. Guru mempunyai kebebasan menggunakan aktiviti berpusatkan pelajar seperti aktiviti
dalam kumpulan, syarahan, main peranan, lakonan, perbincangan, dsb dalam proses PnP;
menjadikan pelajar lebih mudah memahami topik pengajaran. Ini juga dapat
meningkatkan minat pelajar.
4. Memberi peluang kepada pelajar mengemukakan pandangan tentang sesuatu konsep.
5. Memberi peluang kepada pelajar berkongsi persepsi antara satu sama lain.
6. Menggalakkan pelajar menghormati pandangan alternatif rakan mereka.
7. Menghormati semua pandangan pelajar dan tidak memandang rendah terhadap
pandangan mereka.
8. Melaksanakan pengajaran berpusatkan pelajar.
9. Menyediakan aktiviti-aktiviti berbentuk ”hands on” dan ”minds on”.
10. Mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir di kalangan pelajar.
11. Menggalakkan pelajar merenung kembali proses pembelajaran yang dilaluinya.
12. Meminta pelajar menghubungkait idea asal dengan idea yang baru dibina.
13. Menggalakkan pelajar mengemukakan hipotesis.

PENGALAMAN DARI KUMPULAN LAIN
1. Inisiatif guru mempelbagaikan kaedah pengajaran menjadikan pengajaran subjek
bahasa Melayu mudah difahami oleh pelajar.
2. Pelajar lebih mengingati tentang sesuatu yang diajar.
3. Menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan dan berkesan.
4. Teknik nyanyian / karaoke yang digunakan oleh guru dapat membantu pelajar untu

mengingati sesuatu perkataan atau ayat dengan cepat dan mudah.
5. Membantu pelajar memahami sesuatu topik yang diajar.

BERDASARKAN LITERATURE REVIEW – BUKU DAN JURNAL
1. Monks (2000)- muzik dapat membantu individu lebih efisyen dan meningkatkan pencapaian mental dan pemikiran.
2. (2002)- muzik dapat meningkatkan ingatan, tumpuan, dan mengintegrasikan gaya pembelajaran.
3. Menurut Blair, Jones & Simpson (1991)- banyak kajian lepas telah dikendalikan untuk menguji keberkesanan kaedah nyanyian / karaoke dapat membantu tahap perkembangan mental pelajar.
4. Drosher (2006)- mendapati bahawa pendedahan terhadap teknik nyanyian / karaoke dapat meningkatkan IQ dan perkembangan mental. Hasil kajian lalu menunjukkan bahawa nyanyian dapat meningkatkan kemahiran membaca dan mengingat. Ini kerana lagu dapat membantu pelajar mengenali teks secara lebih berkesan berbanding dengan pertuturan . (Colwell, 1994, Register, 2001 dan Stanley & Hughes, 1997).
5. Hansen & Bernstrof, 2002- Hasil kajian lepas juga menunjukkan bahawa skor pencapaian pelajar meningkat dengan menggunakan teknik nyanyian dalam mata pelajaran.
6. Butzlaff (2002) dan Lamb & Gregory (1993)- mendapati wujudnya hubungan antara pencapaian membaca dengan teknik nyanyian.
AKTIVITI 7: TUGASAN 4 – KT mini
Berdasarkan tajuk kajian
} huraikan– KELEMAHAN pengajaran-pengajaran subjek berkenaan berdasarkan
· Pengalaman / refleksi secara individu (5 minit)
· Pengalaman / refleksi dalam pasukan (15 minit )
· Pengalaman dari luar pasukan ( perlu temubual rakan-rakan dalam pasukan lain)
· Berdasar literatur review (bincang dalam pasukan)
· Bentang dan lapor dalam blog


KELEMAHAN PENGAJARAN SUBJEK
1. Terdapat subtopik yang membosankan pelajar seperti penulisan, rumusan, sastera.
2. Guru gemar menggunakan kaedah berpusatkan guru. Sebagai contoh, kaedah kuliah–
menyebabkan pelajar menjadi jemu, hilang tumpuan dan kurang penglibatan pelajar.
3. Perkembangan teknologi semasa seperti sms, chatting telah menyumbang kepada
kesalahan bahasa dan menggalakkan pelajar menggunakan bahasa yang tidak tepat dan
tidak sepatutnya. Sebagai contoh, terdapat perkataan yang dieja secara keterlaluan
sehingga mereka yang tidak biasa dengan penggunaan perkataan sedemikian tidak dapat
menduga perkataan sebenarnya. Seperti ‘gilerr’ (gila), ‘aperr’ (apa), ‘sumer’ (suma). Selain
itu terdapat bahasa sms yang mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris
seperti kol (call) dan pu3 (puteri).


PENGALAMAN DARI KUMPULAN LAIN
1. Pelajar kurang membaca, kurang fokus, pasif di dalam kelas, tiada inisiatif untuk

meluaskan perbendaharaan kata dan bahan bacaan.
2. Pelajar yang mempunyai perbendaharaan kata yang sedikit menyebabkan minat pelajar

yang kurang untuk memahami topik pengajaran yang disampaikan.
3. Kaedah ini kurang sesuai untuk digunakan bagi bahagian yang memerlukan kefahaman

yang mendalam.

BERDASARKAN LITERATURE REVIEW – BUKU DAN JURNAL
1. Allen (2007)- kelemahan yang terdapat dalam penggunaan nyanyian / karaoke dalam mata pelajaran ialah tidak terdapat signifikan dalam pencapaian kemahiran membaca bagi pelajar ELL (English Language Learning) selepas satu tahun terlibat dalam kajian yang menggunakan pendekatan nyanyian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
AKTIVITI 8: TUGASAN 4
Berdasarkan tajuk kajian
Huraikan– cadangan untuk mengatasi kelemahan pengajaran-pengajaran subjek berkenaan berdasarkan
· Fikir sendiri cadangan secara individu (5 minit)
· Fikir cadangan dalam pasukan (15 minit )
· Minta cadangan dari luar pasukan ( perlu temubual rakan-rakan dalam pasukan lain)
· Berdasar literatur review (bincang dalam pasukan)
· Bentang dan lapor dalam blog penyataan masalah kt



CADANGAN UNTUK MENGATASI
INDIVIDU DAN KUMPULAN
1. Penggunaan elemen multimedia dalam PnP melalui penggabungan teks, audio, video,
grafik dan interaktiviti.
2. Menggunakan pendekatan karaoke/nyanyian dalam mewujudkan suasana PnP yang
kondusif bagi menimbulkan minat dalam mata pelajaran bahasa Melayu.
3. Muzik merupakan medium yang bertindak sebagai terapi untuk mengurangkan tekanan
pelajar, meluahkan perasaan, fikiran dan imaginasi dalam usaha membina kreativiti
pelajar.
4. Pelajar mendapat pengalaman muzik yang memadai bagi mencetus dan memperkembang
minat dan bakat mereka dalam seni muzik.
5. Meningkatkan perbendaharaan kata pelajar melalui penekanan terhadap lirik lagu yang
dinyanyikan.

KUMPULAN LAIN
1. Membimbing pelajar dengan kemahiran yang dapat membantu pelajar lulus dalam
matapelajaran Bahasa Melayu
2. Mewujudkan sekumpulan pelajar yang dapat membantu antara mereka dalam

menyelesaikan masalah dalam menguasai kemahiran-kemahiran dalam matapelajaran
Bahasa Melayu
3. Memberikan peluang kepada pelajar untuk berdamping dengan guru matapelajaran dan

ini dapat memberikan mereka peluang untuk memperbaiki kelemahan mereka dalam
matapelajaran ini.


BERDASARKAN LITERATURE REVIEW – BUKU DAN JURNAL
1. Menurut Borich & Tombari (1997)- murid perlu memainkan peranan aktif dalam memahami dan memberi makna kepada maklumat atau pengetahuan yang dipelajari. Murid memberikan maklumat dengan aktif melalui nyanyian, menghubungkannya dengan maklumat terdahulu yang diasimilasi dan menjadikan maklumat itu miliknya dengan membian kefahaman atau membuat interpretasi ke atas maklumat (Cheek, 1992, dalam Khadijah, Mahani dan Ramlah, 2002).
2. Menurut Dewey (1966)- pembelajaran melalui kaedah nyanyian dapat membantu pelajar berfikir dan membentuk kefahaman kepada pelajar tentang masalah yang cuba dihuraikan.

AKTIVITI 9: TUGASAN 4- MINI KAJIAN TINDAKAN

Matlamat kajian tindakan (satu ayat / penyataan umum apa yang hendak dicapai di akhir kajian)
Bentuk objektif kajian
– Meneroka…
– Menilai …
Bentuk soalan kajian
– Bagaimana….? (proses)
– Adakah…..? (penilaian proses / produk)


Matlamat Kajian Tindakan
a) Mengkaji kesesuaian kaedah karaoke/nyanyian dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu.
b) Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan bagi mata pelajaran bahasa
Melayu.
c) Kaedah nyanyian / karaoke ini boleh digunakan secara berterusan dalam pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu untuk meningkatkan kefahaman pelajar
dengan cara yang lebih mudah.
d) Melalui teknik nyanyian / karaoke bukan sahaja dapat menghiburkan pelajar tetapi untuk
membantu pelajar belajar Bahasa Melayu dan mengembangkan daya ingatan pelajar
melalui teknik nyanyian ini.


Objektif Kajian
a) Untuk membantu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap mata pelajaran bahasa
Melayu.
b ) Menggunakan kaedah nyanyian / karaoke dalam meningkatkan penguasaan pelajar dalam subjek Bahasa Melayu

Persoalan Kajian
i) Bagaimana kaedah nyanyian / karaoke dapat meningkatkan kefahaman pelajar terhadap subjek Bahasa Melayu
ii) Adakah nyanyian / karaoke dapat meningkatkan penguasaan mereka dalam subjek Bahasa Melayu