Sabtu, 21 November 2009

PELAKSANAAN KARAOKE / NYANYIAN DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU

Sebab kumpulan kami memilih tajuk tersebut kerana:

TUJUAN
1. Menggunakan pendekatan karaoke/nyanyian dalam mewujudkan suasana PnP yang kondusif bagi menimbulkan minat dalam mata pelajaran bahasa Melayu.
2. Pelajar mendapat pengalaman muzik yang memadai bagi mencetus dan memperkembang minat dan bakat mereka dalam seni muzik.
3. Menjadikan mata pelajaran meresap ke dalam minda pelajar kerana lagu yang disukai akan mereka nyanyikan berulang-ulang dengan kemahuan mereka sendiri.
4. Kebanyakan guru bahasa Melayu menggunakan kaedah pengajaran secara kuliah. Ini akan membuatkan pelajar menjadi jemu dan hilang tumpuan.
5. Muzik merupakan medium yang bertindak sebagai terapi untuk mengurangkan tekanan pelajar, meluahkan perasaan, fikiran dan imaginasi dalam usaha membina kreativiti pelajar.
6. Memberi peluang pelajar melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran yang menggembirakan serta memberi pengetahuan dan pengalaman dengan berkesan.

PERNYATAAN MASALAH
1. Masalah penguasaan bahasa Melayu sama ada secara keseluruhan atau aspek-aspek tertentu dalam bahasa Melayu.
2. Terdapat sebilangan murid yang masih lemah penguasaan mereka dalam pembinaan ayat. Ini mempengaruhi kemampuan mereka untuk mengarang.
3. Sikap pelajar –
a. Masalah penguasaan bukan sahaja dalam kalangan pelajar bukan Melayu, tetapi juga oleh masyarakat Melayu. Pelajar biasanya mengambil mudah perkara ini kerana bahasa tersebut merupakan bahasa ibunda mereka. Mereka menganggap bahawa mereka sudah menguasai kemahiran bahasa Melayu sebagai pertuturan harian berbanding sebagai bahasa ilmu. Ini adalah kerana mereka menganggap kedua-kedua aspek di atas adalah sama. Pembelajaran bahasa Melayu tidak dititikberatkan kerana masyarakat Melayu beranggapan mereka sudah menguasai kemahiran menggunakan bahasa Melayu memandangkan mereka boleh bertutur dengan baik.
4. Persekitaran rumah - Tahap penguasaan bahasa Melayu dipengaruhi oleh tahap sosioekonomi dan perkerjaan ibu bapa.
5. Peranan guru - Guru yang tidak kreatif, tiada pengetahuan tentang teori, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang bersesuaian dengan tahap pencapaian, motivasi dan kefahaman pelajar serta menyampaikan pengajaran secara mendatar juga menjadikan pengajaran bahasa Melayu kurang diminati oleh pelajar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan