Rabu, 4 November 2009

TUGASAN 3: LAPORAN PEMBENTANGAN KOLOKIUM SENIOR

TAJUK :
MENINGKATKAN MINAT DAN PENGLIBATAN PELAJAR DI DALAM KELAS SAINS MELALUI GERAK KERJA DAN PERBINCANGAN KUMPULAN
(GROUP WORK AND GROUP DISCUSSION)

PEMBENTANG :
Intan Nadia Binti Ahmad Mustapa P48677
Noor Azima Binti Johari P48685

Pernyataan Masalah:
Pelajar kurang berminat dengan Sains. Bagi mereka, subjek Sains agak membosankan.Ini menyebabkan tiada penglibatan aktif pelajar di dalam kelas. Kajian ini adalah bertujuan untuk meningkatkan minat dan tahap penglibatan pelajar di dalam kelas Sains 1 Siddiq dan 2 Tabliqh melalui kaedah gerak kerja dan perbincangan kumpulan

Metodologi :
Metodologi yang digunakan adalah melalui model Kemmis dan Mc Taggart (1988) iaitu:

* Mengenalpasti Masalah
- Pemerhatian awal dan temubual secara tidak formal
- didapati pelajar kurang meminati subjek Sains
- Kurang penglibatan pelajar di dalam kelas

* Merancang
- teknik pengajaran yang sesuai, aktiviti penilaian dan pengukuhan, bahan bantu
mengajar, rancangan pengajaran harian, dan sebagainya.

* Bertindak
- Bahagi 6 kumpulan,berbincang dan hasilkan peta minda
- Bahagi 8 kumpulan menentukan pusat graviti objek berbentuk geometri (regular
shape) dan bukan geometri (irregular shape).

* Memerhati dan Menganalisis
- Pengumpulan data: borang soal selidik, temubual , (5- 10 minit)dan pemerhatian
(guru dan guru penilai)

* Mereflek dan Menilai
- hasil dapatan kajian yang diperolehi dibincangkan bersama dan sedikit
penambahbaikan dibuat untuk kitaran yang kedua.


Setting Kajian :
Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Menengah Agama Sungai Merab Luar, Sepang ( SAMSMEL)

Sample Kajian :
Kajian yang dijalankan adalah melibatkan pelajar di dalam kelas Sains 1 Siddiq dan 2 Tabliqh

Pengumpulan dan Penganalisisan Data:

*
PEMERHATIAN ( guru dan guru pembimbing)
- melibatkan 2 kitaran iaitu pada kitaran pertama melibatkan kerja kumpulan dan pegkaji mendapati bahawa minat dan penglibatan pelajar tidak begitu memberangsangkan. Pelajar juga tidak memberikan sepenuh perhatian terhadap P & P. Selain itu, pelajar tidak memberi tindakbalas positif kepada guru. Pengkaji mendapati segelintir pelajar mengantuk, mengganggu rakan , hanya melihat ahli kumpulan melakukan kerja dan sebahagian pelajar menunjukkan tindak balas positif apabila guru bertanyakan soalan.
- Kitaran kedua pula mendapati hasil yang memberangsangkan pelajar lebih menunjukkan minat terhadap subjek Sains. Penglibatan pelajar pula adalah secara aktif dalam aktiviti yang disediakan. Pelajar lebih gembira dan memberikan maklum balas positif terhadap aktiviti yang dijalankan serta pelajar sering bertanya dan meminta panduan guru

* TEMUBUAL
- Pelajar semakin berminat dengan Sains setelah melalui 2 kitaran aktiviti berkumpulan. Kedua-dua kitaran menunjukkan peningkatan minat dan penglibatan aktif pelajar melalui aktiviti berkumpulan. Responden lebih berminat terhadap aktiviti yang menyerupai permainan dan pertandingan-mengelakkan rasa bosan dan mengantuk Pelajar-pelajar berharap kaedah pengajaran seperti ini dapat terus diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran (P & P)

* BORANG SOAL SELIDIK
- Kajian menunjukkan bahawa minat dan penglibatan pelajar telah meningkat selepas kitaran kedua Pelajar lebih meminati aktiviti berkumpulan yang lebih praktikal dan menyeronokkan. Selain itu, pelajar lebih menumpukan perhatian dan bergiat aktif dalam aktiviti yang disediakan oleh guru. Melalui aktiviti ini pelajar dapat memahami sesuatu konsep dengan lebih jelas dan dapat membina keyakinan dalam diri.


Implikasi Kajian:
Kajian ini berjaya menunjukkan peningkatan minat dan penglibatan aktif dalam kalangan pelajar sekolah melalui teknik gerak kerja dan perbincangan kumpulan.

Manfaat Yang Diperolehi Daripada Kajian Tindakan :
Manfaat yang saya perolehi daripada kajian ini ialah kaedah perbincangan yang dilakukan dapat memupuk dan meningkatkan minat pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran (P & P) bagi mata pelajaran Sains. Di samping itu, kaedah ini juga dapat meningkatkan tahap penglibatan pelajar secara aktif di dalam kelas Sains.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan