Penulis : Elizabeth Chiseri-Strater & Bonnie S.Sunstein.
- Apa yang dimaksudkan dengan kajian tindakan:
Kajian tindakan adalah satu cara penyelidikan atau siasatan, iaitu dengan melakukan penilaian pada kaedah sedia ada, penyelidik kemudiannya akan memfokuskan kepada masalah (apa yang perlu dijelaskan) dan mendapatkan maklumat (siapa yang terlibat, isi kandungan kajian). kemudiannya pengkaji akan melakukan proses perancangan, pelaksanaan, menilai dapatan dan seterusnya mendapatkan kesimpulan.
Kajian tindakan adalah suatu bentuk inkuiri bercorak penyertaan yang dilaksanakan oleh seseorang guru untuk tujuan penambahbaikan dan perubahan. Kajian yang dijalankan adalah melibatkan guru dan pelajar. Kajian tindakan adalah proses menggalakkan guru membuat refleksi diri untuk mengubah kekurangan yang ada pada diri sendiri - Konsep Kajian Tindakan
Buku ini menerangkan kepada kita tentang kosep kajian tindakan dimana, kajian tindakan adalah suatu bentuk inkuiri bercorak penyertaan yang dilaksanakan oleh seseorang individu (dalam konteks perbincangan individu yang dimaksudkan ialah guru) untuk tujuan penambahbaikan dan perubahan. Ini bermakna individu tersebut menjalankan kajian berhubung dengan diri mereka sendiri dan kelompok masyarakat di sekeliling mereka.
Dalam proses ini, mereka meneliti bagaimana pemahaman, kemahiran, nilai dan pengetahuan menggalakkan dan mencegah amalan tindakan mereka sendiri dengan bersandarkan kepada prosedur kajian. Sebagai contoh, guru boleh mengkaji diri mereka sendiri untuk memperoleh pemahaman yang lebih baik tentang amalan mereka, perubahan dan penambahbaikkan yang patut dilakukan serta bagaimana pengetahuan ini boleh memberi kesan yang terbaik untuk para pelajarnya. - Mengapa guru perlu membuat kajian tindakan?
Dalam bab pengenalan ( Taking the time to ask what works), penulis membincangkan tentang mengapa pentingnya kajian tindakan dilaksanakan oleh seorang guru dan apakah yang sebenarnya yang patut dilakukan mereka untuk melaksanakan penelitian bagi menjalankan penambahbaikan . Bagaimana seorang guru dapat mengesahkan bahawa apa yang dilaksanakannya didalam kelas selama ini berfungsi dan berkesan kepada para pelajarnya?
Bagaimana seseorang guru itu dapat menerangkan kenapa dan bagaimana kaedah yang digunakan adalah bersesuian dengan pelajar dan apakah bukti keberkesanannya, kepada pihak-pihak yang sangat mengambil berat atau ambil kisah tentang proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah seperti ibu-bapa pelajar, para pelajar sendiri, rakan sekerja, pihak pentadbiran,serta masyarakat?Dan apakah guru tersebut mendapat kepuasan pada cara pengajaran atau penyampaiannya? Untuk memberi respon kepada setiap persoalan tersebut sudah tentulah dengan melakukan kajian tindakan.
Selain daripada itu, sebab yang paling utama kenapa guru perlu membuat kajian tindakan ialah kerana guru adalah sumber utama penyebaran pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar. Dimana guru bertindak sebagai ''pemudah cara pengetahuan'' kepada para pelajar.
Oleh itu, untuk meningkatkan peranan guru, maka guru hendaklah lebih kreatif dan afektif dalam menyampaikan pengetahuan kepada para pelajar. Dengan sebab itu, guru hendaklah memikirkan pelbagai pendekatan barubagi menyesuikan amalan mereka dengan kehendak pelajar pada zaman globalisasi kini. Maka, satu platform yang paling mudah adalah dengan penggunaan kaedah kajian tindakan bagi membolehkan guru menuju ke arah penambahbaikan.Di bahagian pengenalan ini juga banyak diberikan contoh-contoh situasi yang berkaitan. - Reka bentuk kajian tindakan
- Model Kajian Tindakan.
Buku ini banyak menggunakan contoh berkenaan situasi yang dihadapi oleh guru-guru yang membuat kajian tindakan di sekolah dan di dalam kelas. Memandangkan terdapat banyak contoh situasi dan banyak model yang digunakan dalam buku ini seperti Model Lewin (1944), Model Halsey (1972), Model Chamberlain (1988), Model Holter and Schwartz-Barcott (1993) dan Model Hart and Bond (1995). Maka saya dapat membuat rumusan bahawa terdapat empat perkara penting yang di tekankan dalam setiap model ialah refleksi (reflect), merancang (plan), tindakan (act), dan memerhati (observe), walaupun dihuraikan dalam bentuk-bentuk yang berbeza dengan penerangan yang berbeza.Namun intipatinya adalah sama dengan matlamat untuk mendapatkan sesuatu yang menjurus ke arah penambah baikan. Antara contoh model-model yang digunakan adalah seperti dibawah:
Model Ebutt, 1985
Model McKernan, 1996
Model Elliot
Model Lingkaran Kemmis dan McTaggart, 1988
- Sampel dan Setting Kajian
Sampel kajian yang digunakan dalam buku ini secara keseluruhannya ialah pelajar di sekolah atau di dalam kelas (setting kajian). Pelajar terlibat secara menyeluruh semasa kajian dilakukan terutama sekali semasa pengambilan dan pengumpulan data dibuat. - Prosedur kajian tindakan
Mengenalpasti Permasalahan
Deanna Stoube merupakan seorang guru di sekolah menegah di kawasan tempat tiggalnya. Deanna adalah seorang guru yang mengajar subjek sains dan beliau menghadapi masalah apabila para pelajarnya sangat tidak kreatif dan kreatis dalam pembelajaran sains dan hanya menunggu bantuan sepenuhya daripada guru untuk memahami setiap konsep yang diajarkan tanpa berusaha untuk memikirkannya.Ini menyebabkan para pelajarnya tidak mampu beradaptasi dengan permasalahan baru berkaitan konsep yang diajarkan menyebabkan keputusan mereka tidak memberangsangkan.
-Deanna cuba mengenal pasti apakah punca utama permasalahnya. Deanna memulakan kajiannya dengan memerhatikan pengajarannya sendiri. Setelah dibuat refleksi keatas pengajarannya yang lepas, Deanna telah mengenalpasti masalah tersebut wujud akibat dirinya yang mengamalkan konsep inkuiri terbimbing (teacher centered learning) terhadap pengajarannya menyebabkan para pelajarnya sangat bergantung kepadanya secara seratus peratus. Akibatnya pelajarnya tidak mampu untuk berfikiran kreatif dan kritis dalam pembelajaran sains. - Percubaan / pendekatan untuk menyelesaikan masalah
Bagi meningkatkan kecerdasan para pelajar untuk lebih berfikiran kreatif dan kritif, Deanna mencari solusinya dengan menerapkan pendekatan pembelajaran inkuiri tidak terbimbing (free incuiry) yang lebih memusatkan kegiatan kepada para pelajar (student centered learning). Sesungguhnya pendekatan inkuiri tidak terbimbing ini, adalah suatu pendekatan pembelajaran yang membimbing para pelajar belajar secara bebas dalam mencari pengetahuan dan kefahaman mereka terhadap konsepdengan melakukan kegiatan pencarian konsepdan pemahaman melalui usaha sendiri dengan dipantau oleh guru.
- Metodologi
-Kajian yang dilakukan oleh Deanne ini dibahagikan kepada dua tahap iaitu:
• Tahap persediaan / perancangan kajian
• Tahap perlaksanaan kajian tinjauan (Kajian tindakan)
- Tahap persediaan/ perancangan adalah melibatkan:
Deanne melakukan kajian kepustakaan dengan mengumpulkan informasi daripada buku-buku, journal, ulasan dan pelbagai sumber untuk mengenalpasti kaedeah pendekatan yang sesuai untuk diuji. Deanne membahagikan para pelajarnya kepada beberapa buah kumpulan-Beliau seterusnya memberi permasalahan berkaitan topik untuk diselesaikan oleh pelajarnya secara berkumpulan mengikut kreativiti sendiri berdasarkan keperluan yang digariskan oleh guru.Deanne kemudiannya menyiapkan format penilaian (observation) guru untuk mengukur pelaksanaan tindakan kajian dan peningkatan kreativiti dan hasil belajar para pelajarnya.
- Tahap perlaksanaan tindakan / kajian tinjauan.
Penelitian atau tinjauan ini dilakukan oleh Deanne dengan dua kitaran (2 cycle).Kitaran pertama dilaksanakan sebanyak 4 kali perjumpaan kelas pada bulan pertama ( Marc) dan diikuti dengan kitaran kedua sebanyak 4 kali pada bulan kedua(April).
Pelaksanaan tindakan yang dilakukan oleh Deanne melibatkan langkah-langkah seperti:
Memberi penerangan tentang tugasan dalam kumpulan Dengan bimbingan guru pelajar bekerja secara individu dalam kumpulannya untuk membuat rangkaian pembelajaran terhadap permasalahan yang diberikan dengan mencari maklumat, data dan fakta yang diperlukan dengan membaca buku-buku atau sumber maklumat lain. Setelah selesai, setiap ahli kumpulan hendaklah berkongsi maklumat dan idea dalamkumpulan dan mempersembahkannya dalambentuk kertas kerja (folio book).
Kemudian setiap kumpulan akan mempersembahkan hasil kerja mereka dari awal hingga akhir untuk dibahaskan bersama rakan-rakan kumpulan lain di dalam kelas.
- Pengumpulan dan penganalisisan data.
Pemerhatian terhadap kajian tindakan
Deanne melakukan pemerhatian semasa proses pembelajaran (aktiviti) dengan menggunakan kertas tinjaun (survey/ questionare). Beliau juga melakukan pemerhatiannya sepanjang masa pembelajaran berlangsung. - Instrumen Kajian
Tidak seperti kajian yang menggunakan alat pengukuran (“tools” or “instrument” as we often hear in education) dalam kajian kualitatif yang melibatkan kelasnya (Deanne as an observer), pemerhati merupakan instrumen yang paling penting dalam kajian tersebut.
- Teknik Pengumpulan Data
Data dikumpul dengan cara membuat soal selidik terhadap para pelajar, catatan dan rakaman video dan rakaman pita audio oleh pemerhati, ujian terhadap pencapaian pelajar di akhir pembelajaran (test)
- Teknik Penganalisisan Data
Dalam buku ini, teknik-teknik penganalisisan data yang digunakan ialah :
a) Potongan data (Data reduction) – meliputi proses memilih, memfokuskan, meringkaskan dan menukarkan data mentah kepada data bermakna
b) Mempamerkan data (Data display)- Mempamerkan data dalam bentuk yang bermakna seperti jadual, carta,graf dan carta pai, dan lain-lain.
c) Pengesahan / kesimpulan ( Verification / conclusion)- Bermula daripada awal kajian lagi, pemerhati perlu membuat keputusan apakah yang diperhatikan, penerangan, dan pernyataan terhadap data yang ingin dikumpulkan sepanjang pemerhatian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan